Friday, 28 December 2012

♥ Terapi Jumaat : Maksud Bacaan dlm Solat ♥

Assalamualaikum...

Dalam Terapi Jumaat kali ini gadis nk share tentang maksud-maksud bacaan dalam solat.Gadis pasti ada yg masih tidak tahu apa maksud bacaan tu kan?termasuklah diri gadis sendiri..sebab tu gadis nk kongsi ngan buddyz sekalian tentang topik ni..supaya kita akan lebih kusyuk dan mendalami solat y kita dirikan.. ^^


Takbiratul-Ihram / Takbir 
اَلله أَكََْبَر
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
 اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * الرَّحْمنِ الرَّحِيم * مَلِكِ يَوْمِ الدِّين * إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ * اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ * صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِالمَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal 
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud 
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
 رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ،وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ،وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ،وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ،وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ،فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ،فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ,فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ,فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ, وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

GADIS

♥ Terima Kasih Buddyz #200 ♥

Assalamualaikum..

      Alhamdulillah..dihari jumaat y indah ini..GADIS nk ucapkan terima kasih byk2 kepada followers gadis yg telah mencecah 20o++ ..jadi,dikesempatan ini gadis nk review blog yg bertuah sebab beliau lah y menjadi follower genap 20o ..dan beliau adalahhhh...(bunyi drum)

***** 

Baiklah Cik Fatin,sila beri sepatah dua kata..hehehee
sweet6teentekan je gmbar header comel kt atas tu utk terjah blog y cool niii..
banyak info n ilmu yg kita boleh dpt taw..
so...peace yaww!

GADIS

Thursday, 27 December 2012

♥ Cursorku Chomell..hahaa ♥

Assalamualaikum...

GADIS nk ucapkan byk2 terima kasih kepada Fiqah..knp? sebab dia dengan seikhlas hatinya telah membuat cursor untuk kawan2 dia..xcaya? klik love ni  ♥♥♥♥♥  tp utk hari ni je taw..smpai 10 mlm..dan hasilnya? tgk la cursor gadis skarang..chomell kn? hehehee


http://fc02.deviantart.net/fs70/f/2012/099/3/f/cute_wallpaper_marshmallows_by_chicastecnologicas21-d4vm5gg.jpg
gmbar di atas hanya hiasan semata2 ^^"

masa mula2 tu blur2 jgak mcm mana nak tukar cusor ni..tp berbekalkan usaha tanpa jemu,dpt jugak gadis tukar cursor tu..

mcm ni caranya :

♥ first, korang boleh pergi ke website free cursor..contohnya :
    - Free cursor
    - 123 cursor
    - Cursor4u
(ehem2..kalau dah ada orang buatkan,xpayah la susah2 nk pg website2 tuu..kn Fiqah? hehee)

♥ bila dah dapat image cursor yg korang nak, rilex2 dulu..

♥ pergi dulu dekat
   design -- layout -- add a gadget -- HTML/JavaScript

♥ sudah? oke..copy code ni :

<style type="text/css">body {cursor:url("URL IMAGE LOCATION CURSOR"),default}</style>

paste code ,biar dulu dan pergi balik kat image cursor y korang nak tu, right-klik : copy image location

♥ sekarang,paste kan image location korang tu betul2 dekat ayat URL IMAGE LOCATION CURSOR.. (jgn padam or ubah apa2 pn kat code tu..termasuk objek " : } ..just paste je okee?)

save & enjoyed ^^

Semoga Berjaya ! kalau xfaham,jgn malu jgn segan,tanya je gadis oke? byee ~

GADIS

Saturday, 15 December 2012

♥ Tolonglah ♥

Assalamualaikum...

Tolooonngggg...
Tolong?tolong ape??
arini gadis nak post kan entry yg bertajuk TOLONG
banyak benda y kita boleh label sbg 'tolong'
tapi kali ni gadis nk tekankan isu tentang
'tolonglah..jangan balas perbuatan orang pada kita''
maksud gadis,perbuatan 'xbaik' laa..
kalau perbuatan baik pun xnak balas..
malampau! tampar kang nak!! hahaha
knp gadis nak buat isu ni?
sebab gadis tau,setiap manusia mesti pernah rasa situasi kalau orang buat kita rasa 'jelek' dgn dia
haa..kan dah terkeluar bahasa sinetron!



hmmm...
Gadis bukan apa..gadis nk bagi nasihat la kat
 buddyz2 gadis sekalian
kalo ada org yg buat kita menyampah kt dia
xkira la kawan,girlfriend,boyfriend,melayu,cina,hitam,putih,kurus,gemok,
bla,bla,blaa
senang citer xkira sape2 pun laa..huh! baru leh nafas..
kita jangan lah membalas balik perbuatan org tu pada kita..
buat cool sudah..
walaupun rasa mcm nk tumbuk muka org tu smpai pecah,nk ambil samurai potong kuku dia,nak gergaji jari kelingking kaki dia sekalipun,
janganlah balas balik oke? sabar je..
Sesungguhnya Allah bersama dgn orang2 yg bersabar..
Kalau kita pun balas apa yg org tu buat pada kita,
maknanya..kita sama je perangai dgn dia..2 x 5 je..bak kata siti sifir..
ingat tu..fikirkan dan ingat ayat yg gadis bagi tu..
in syaa Allah
hati kita automatik akan tenang
sebab? kita xnk jadi mcm org tu jugak..
jadi,maafkan sahaja perbuatan dia..
biar hati kita sentiasa suci..
dan bukan hanya suci dalam debu!
sekian...

GADIS

Friday, 14 December 2012

♥ Terapi Jumaat : Doa Untuk Ibu Bapa ♥

 Ayahanda & Bonda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu....
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 

Amin Ya Rabbul Alamin..
GADIS

Thursday, 13 December 2012

♥ Owh..Si Dia ♥

Assalamualaikum...

 

**********

tgk gmbar kat atas tu..
betul x ape y di tulis?
atau ada sapa2 y nk tmbah??
hehehehee
xtually GADIS sedang asyik terfikir pasal 'Si Dia'
Rindu pulak rasenye..
jd GADIS nk tmpal gmbar 'Si Dia' kt entry ni
sbg tanda kerinduan..hehee

**********

 Inilah 'Si Dia' ku itu....
 

'Cinta itu dalah TANGGUNGJAWAB, ianya perlu dirancang dan dilaksana dengan sebaik mungkin,Cinta itu FITRAH, setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai..tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar KEIKHLASAN"

GADIS

Wednesday, 12 December 2012

♥ Setiap yg Berlaku Ada Hikmahnya ♥

Assalamualaikum...


Memang benar..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..setiap kesilapan atau kekurangan,pasti disulami dgn hikmah yg baik..Allah itu Maha adil dan Maha mengetahui segala sesuatu..dan kita adalah salah seorang hamba yg perlu dan ada juga yg telah mempelajari tentang bagaimana untuk menerima apa jua yg terjadi dgn seadanya..tanpa kita sedari,kita tergolong dalam orang-orang yang akan diberi hikmah oleh-Nya..tidak kiralah situasi sukar itu terjadi antara sahabat baik,teman-teman biasa,pasangan kekasih malah pasangan yg telah pun berkahwin!

**********

pada tanggal 12.12.12 Alhmdulillah Allah telah membuka pintu hati GADIS..walaupun hanya 3 hari,GADIS telah sedar dan dapat berfikir bahawa terdapat hikmah disebaliknya jika kita sentiasa bersabar terhadap sesuatu perkara..walau sesukar manapun untuk kita hadapi atau melupakan situasi itu, pasti ada jalan penyelesaian yg terbaik..bukan dengan pertolongan sesiapa,tetapi dgn pertolongan daripada DIRI SENDIRI…dan GADIS rasa amat bahagia :')
Terima Kasih ya Allah diatas kurnia yg Engkau beri

**********

Nasihat GADIS,menerima dan belajarlah daripada kesilapan lalu,walaupun kesilapan itu datangnya daripada diri sendiri atau kesilapan orang lain sekali pun..
Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya


GADIS

Tuesday, 11 December 2012

♥ Terima Kasih Buddyz #100 ♥

Assalamualaikum...

Di hari yang indah ini
GADIS nk review blog seseorang yg bertuah
krn apa??
kenapa?mengapaaa?
sebab beliau telah menjadi follower GADIS y ke 100..
wuhuuuu...
dipersilakan cik Niena Sofea
dan terima kasih juga diucapkan kepada Buddyz2 ku sekalian..


! ♥NIENA SOFEA♥ !


alalaaa..comelnye header cik Niena ni kan..
Realiti,bukan fantasi..hehee
klik je banner tu..xrugi pn..
jom ramai-ramai kita ziarah blog Niena !

 GADIS

♥ Contest Cute Picture by storyofheartt ♥

Assalamualaikum...

 
klik cute banner utk join 'contest cute picture'
contest ni dianjur oleh owner blog y cute iaitu storyofheartt
syarat2 pn senang & cute
y paling best,hadiah y ditawarkan pn cute2
senang citer sumenye cute laa..rugi xjoin taw..
terhad smpai 200 org je...cepat2!

**********


**********
2 org budak cute y mesti join..
bhahaha! <-- gelak jahat tp ikhlas ^^
 ♥cute&cute

GADIS

Sunday, 9 December 2012

♥ Bila Hati Dilukai ♥

Assalamualaikum...


 

Bila hati dilukai…
Pedihnya memang terasa. Bergantung pada tahap apa dan bagaimana hati itu dilukai. Ada yang parah, ada yang sekadar tercalar. Ada yang mampu menghadapi dan merawatnya, baik cepat atau lambat. Dan ada juga yang tidak dapat mengawal parahnya hingga nekad untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Ada yang sanggup untuk terus mengunci mati hati itu agar tiada lagi rasa cinta sama ada pada orang yang melukai atau barangkali cinta yang baru hadir.
Bila hati dilukai…
Kadang-kadang ianya merupakan guru yang paling berharga buat kita. Yang dapat mengajar kita erti kasih dan sayang. Dan adakalanya ia satu rahmat untuk kita memperbaiki diri dan lebih tabah menghadapi dugaan.
Bila hati dilukai…
Hanya diri sendiri yang mampu merawatnya. Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya jika kita sendiri tidak ingin diubati. Jika adanya penyelesaian, jika adanya jalan pilihanberusahalah merawat hati yang telah dilukai itu. Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilhan terbaik.

GADIS

Friday, 7 December 2012

♥ Terapi Jumaat : Mengapa Kita Selalu Diuji ♥

Assalamualaikum...


Dalam dunia ni,kita sebagai seorang manusia tidak lepas diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam hidup masing-masing.Dan Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.
 (Al Baqarah : 155-157 )


KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? 
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.
 

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129 Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.


p/s GADIS : kawan-kawanku sekalian, bersabarlah dengan ujian yang menimpa diri kita..kerana segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.wallahualam...
GADIS



♥ Terima Kasih Buddyz #1 ♥

Assalamualaikum...

Dihari yg indah ini
GADIS nk ucapkan terima kasih pada semua
yg menjadi follower blog GADIS,iaitu
 ♥ Gadis Typewriter ♥

**********
so,GADIS nk review someone blog
yg menjadi followers pertama
a.k.a pembuka tirai untuk blog GADIS..hehehe

 dijemput Cik Eiynapidot
 untuk naik ke pentas dan memberi sepatah dua kata..


huhuhuu...
tgk dye punya header..
so cute kan..
baru tgk header..blom tgk yg dlm2 lg..
jom ramai2 serbu Eiynapidot punya blog!


 ♥ TO ALL MY BUDDYZ TERIMA KASIH ♥
GADIS

Wednesday, 5 December 2012

♥ Pink Lake ??? ♥

Assalamualaikum...

GADIS ada terbaca pasal pink lake..
Baru la GADIS tau tentang kewujudan tasik berwarna pink 
 Ia terletak di Senegal & Australia Barat
Warnanya seakan air strawberry milkshake..sluurpp3..
xcaye..tengok niii...

**********
  'Tasik Hillier' di Austrailia Barat
Cantik kan ?
Tasik ni masih sebagai tasik misteri 
krn para saintis pun belum dpt jwpn kenapa tasik ni berwarna pink..
hurmmmm...




 
**********

 'Tasik Pink' di Senegal
(owh ya..org tempatan pggil Tasik Pink ni sbg 'Tasik Retba' &
'Lac Rose' dlm bahasa perancis)
Tasik Pink di Senegal ni cetek je tapi kandungan garamnya sangat tinggi..kalah Laut Mati tau..





**********
^^
Betapa agung dan indahnya ciptaan tuhan kan...
  والله أعلمُ بالـصـواب

GADIS

Tuesday, 4 December 2012

♥ Aziera Adenan's Segmen ♥

Assalamualaikum...

Hari ni..buat pertama kalinya..GADIS nk join segmen yg pertama kali jugak di anjurkan oleh cik Aziera Adenan. Kalo ade rezeki,Alhamdulillah...Sebab cik ni ade sediakan 3 hadiah utk blogger yg bertuah..syarat2 pn senang je..kalo korg nk join,klik je gmbar kt bwh ni..owh yaa..tarikh tutup 23/12/2012 tau...


 'created by GADIS' huhuu jgn marah cik Aziera Adenan
reben tu GADIS culik kat awak punya favicon..huhuu

**********
Soalan dari Aziera Adenan:

Nama: Nur Hazwani Binti Samsudin a.k.a GADIS

Umur: 22 tahun 9 bulan 16 hari

♥ Tarikh lahir: Tanggal 18 haribulan 2 tahun 1990

Sekolah: Sek Men Teknik Klang, Selangor

♥ Hobi: Editing ( smpai lebam pun xpe..hehee )

Bakat lain: Boleh bermain game The Sims tanpa mempeduli pasal makan.. sgt berbakat kn? :P

♥ Personaliti: Dalam serius ade gelak + dalam gelak ade serius = HORROR

Warna kegemaran: Warna-warna yang ada dlm blog GADIS

Makanan kegemaran: Laksa Penang..wlupn asal dr Johor..huhuu

Minuman kegemaran: Air Barli Suam

Nombor kegemaran: 8

Perkara yang paling membuat anda stress: Mendengar orang pot pet pot pet :) stress sgt...

Mood anda ketika ini: Awesome!

Filem yang membuat anda mengalirkan air mata: Kungfu Hustle (gelak sampai mengalir air mate!)

Harapan masa depan: Kehidupanku menjadi lebih baik

Nama kawan baik anda: Semua kawan2 saya baik..termasuk awak ^^

Status anda? [Single/taken/married/etc]: Not Available

Apakah benda yang anda inginkan sehingga kini: Bisnes sendiriiiiii..

Haiwan kegemaran: Ikan guppy / Ikan laga

Luar negara yang ingin anda melancong: Europe

Siapakah idola anda: Kedua Ibubapa saya yg saya sayangi

Tempat yang paling indah pernah anda lawati: Almost semua pantai ketika matahari baru nak terbit

♥ Adakah anda takut pada hantu: Tengok pada jenis hantu jgak..contoh kalau kacang hantu x takut laa..hahaha

Siapakah orang terakhir yang telah buat anda ketawa: JAMBU ( coz ngah tgk MLM mggu ke 3,peace yoo)

♥ Jika anda memiliki RM1 juta, apa yang anda akan buat dengan duit itu: Membina Masjid (Rumah Allah)


psstt..dgr citer segmen ni mendapat sambutan..TAHNIAH cik Aziera Adenan ^^

GADIS


Monday, 3 December 2012

♥ Tips Mengenali Si Pembohong ♥

Assalamualaikum...


Hye semua...
Actually arini GADIS nk bkongsi tips ngan korg
mcm mane kite nk tau seseorg tu sedang tipu kite..
sedar atau tidak
bende ni mmg ari2 pn boleh berlaku
dan bila kite menjadi mangsa tipu,
automatic jiwa kita STRESS
lg2 bila bestfriend or lover kite y buat hal...
ryte??
so,check it out... 


” You jangan nak berbohong dengan i.. ” Semalam you yang ambil perempuan tu balik dari tempat kerja kan…….You ingat mata i nie buta ker………..? Selama nie you memang berbohong dengan i…x sangka…i ditipu……………….”

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
So Jangan risau, tips dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak:
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.



Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.



Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Nasihat GADIS :
'Jangan terlalu mempercayai & Jangan bermain dengan kepercayaan' 


GADIS



Sunday, 2 December 2012

♥ 10 Petanda Si Dia Milik Kamu ♥

Assalamualaikum...


Disebabkan ni post entry GADIS yang pertama
GADIS nk post pasal cintan-cinton laa..hehe
bukan menggatal taw
tp mmg lumrah manusia utk bercinta dan berkasih sayang kan..
Cheeeh !
Oke..jom kita tengok antara petanda2 seseorang tu milik kita
Kalo xde,kita tombok dia..hahahaa
Tp sebelum ape2,post ni sekadar utk dikongsi yee..
bkn utk dipercayai 100% 

**********



1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
GADIS

Saturday, 1 December 2012

♥ Majlis Pelancaran Blog GADIS Typewriter ♥

Assalamualaikum..


Tanggal 1 Disember 2012
GADIS akan melancarkan ( konon ) blog yang diberi tajuk
'GADIS Typewriter''
so,diharap GADIS mendapat support drpd buddyz2 semua..
 dapat berkongsi maklumat atau ap2 sahaja dlm dunia blogging..
walau x sehebat otai2 blogger,xpeee..
yang penting IKHLAS !!!
huhuhuuu..

Dengan ucapan 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Selamat Datang ke Blog GADIS Typewriter ^^

**********

ya udah !
jom3 makan cupcakes ni..
special tok buddyz semuaaa



Sekian, Terima Kasih. Selamat Menjamu selera..hehehee

GADIS