Sunday, 9 December 2012

♥ Bila Hati Dilukai ♥

Assalamualaikum...


 

Bila hati dilukai…
Pedihnya memang terasa. Bergantung pada tahap apa dan bagaimana hati itu dilukai. Ada yang parah, ada yang sekadar tercalar. Ada yang mampu menghadapi dan merawatnya, baik cepat atau lambat. Dan ada juga yang tidak dapat mengawal parahnya hingga nekad untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan. Ada yang sanggup untuk terus mengunci mati hati itu agar tiada lagi rasa cinta sama ada pada orang yang melukai atau barangkali cinta yang baru hadir.
Bila hati dilukai…
Kadang-kadang ianya merupakan guru yang paling berharga buat kita. Yang dapat mengajar kita erti kasih dan sayang. Dan adakalanya ia satu rahmat untuk kita memperbaiki diri dan lebih tabah menghadapi dugaan.
Bila hati dilukai…
Hanya diri sendiri yang mampu merawatnya. Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya jika kita sendiri tidak ingin diubati. Jika adanya penyelesaian, jika adanya jalan pilihanberusahalah merawat hati yang telah dilukai itu. Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilhan terbaik.

GADIS

6 comments:

  1. merawat hati yang luka tue perit.. tapi kita kene berusaha ! :D Chayok2 ! :D

    ReplyDelete
  2. Sedih juga. Pedih oh pedih! :( *tetiber :P

    ReplyDelete
  3. saya tak suka macam ni.
    penat laaa rasa macam ni. fed up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arina..mane bleh fedup2..Allah kan ada...
      bace ni plak dear :

      http://hanihazwanie.blogspot.com/2012/12/mengapa-kita-selalu-diuji.html

      Delete