Thursday, 31 January 2013

♥ 7 Keajaiban Air Mata Manusia ♥

Assalamualaikum...

 

Siapa kata menangis tiada gunanya??lagi-lagi orang y kuat nangis mcm GADIS ni..mase baby2 dulu laaa..hehee..shhhh...ada 2 kelemahan menangis,pertama mata menjadi merah dan kedua mata akan bengkak..tu jee..xde smpai butanya pun..hehee..menangis dan mengeluarkan air mata ternyata menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran..jadi,menangislah kerana Allah Taala dan menagislah untuk keperluan jiwa..

Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangan, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam masa 5 minit sahaja.
 
♥ Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh mengurangkan emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
 
♥ Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan dikeluarkan melalui dari mata.
 
♥ Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
 
♥ Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun pada azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
 
Melegakan perasaan
Semua orang merasakan demikian. Walaupun anda dihurungi berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis dengan penuh penyesalan.
 
p/s : semalam my hby share ayat ni kat fb dia : #perempuan ni istimewa.awak boleh tengok dia tersenyum sepanjang hari,tanpa mengetahui yang dia sering menangis sepanjang malam,dan bangun dengan senyuman.tolong hargai dia.
 
GADIS 
 

4 comments:

  1. Menangis memang best. lebih2 lg kalau tgh stress, sedih, tekanan.. kan kan.. :)

    ReplyDelete
  2. hihii nagis sokmo la kalu camni :D

    ReplyDelete