Wednesday, 23 January 2013

♥ Ayat Tersirat Perempuan ♥

Assalamualaikum...


Hari ni gadis nk buat entry y bertajuk 'ayat tersirat perempuan'..sbb ape,ramai y xtahu y perempuan ni sebenarnya apa y dia katakan bukannya straight to the point mcm lelaki..huhuu..betul x girls??betuuuuulll..haa..kajian pun ada mengatakan y perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki..dalam sehari perempuan boleh bertutur sebanyak 6 hingga 8 ribu perkataan berbanding lelaki y hanya 4 hingga 6 ribu perkataan je! terror bukan?dah la byk ckp,nk tambah pulak dengan ayat2 tersirat..soo syahdu..oke la..jom kite tgk,ayat2 y biasa perempuan gunakan dan apa maksud sebenar ayat tu ^^..lelaki,take a note!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

♥ Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
♥ Padahal makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 

♥ Kalau perempuan tanya: I belum makan,You dah makan ke belum?
♥ Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 

♥ Kalau perempuan kata: Serious lawa gile la baju ni kan..
♥ Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 

♥ Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
♥ Makna tersembunyi: Tolong bg perhatian lebih sikit kt I..

♥ Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...  
♥ Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.  
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?  

♥ Kalau perempuan kata: I selesa berkawan dengan you. You ni baik, memahami bla bla bla...  
♥ Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je..cpat la declaire..

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?  
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku..

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you..Semoga U bahagia dgn dia.. 
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok..

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.  
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu!!!

 ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

okee..cukup setakat tu je ayat2 dan maksud y tersirat utk dikongsikan..tp bukannya 10o% betul taw..ini secara rawak jee..rmbut sama hitam,hati lain2 maa..oke,apa2 pun,lelaki dan wanita saling melengkapi..terima je dia seadanyaa..lg afdhal..

GADIS

4 comments:

  1. Tang kawen lain tu rasenya saya takkan tersirat-sirat eh. Satgi aku siat je daging dia! haha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haniha Moss..hahahaa..gadis rasa ramai y setuju dgn awk! =p

      Delete