Saturday, 19 January 2013

♥ Cinta Jarak Jauh..Boleh Bertahan Ke? ♥

Assalamualaikum...



Pernah x korang berjauhan dengan pasangan untuk satu masa yang lama? Mampu tak korang pertahankan cinta tu? Benar kan,cinta jarak jauh merupakan satu dugaan y besar kepada pasangan y mengalaminya.. Sama jugak mcm GADIS dgn chenta hati gadis,MOHD FADLI BIN ISHAK.. kitaorg berjauhan disebabkan oleh tugas..walaupun sebenarnya x la jauh sgt..tapiii...xkire,jauh jugak ! hahahaa

Mcmana kita nk mengekalkan hubungan jarak jauh? antara satu-satunya kunci utama untuk hubungan seperti ini ialah 'kepercayaan & kesetiaan'..berada jauh dari Si Dia memang menimbulkan rasa cemburu..lg2 jika Si Dia seorang yang mudah bergaul..y penting kita mestilah berfikiran positif dan jangan terlampau ikutkan hati dengan perasaan cemburu buta tu..selidik dulu kebenaran takut2 cemburu buta itu membunuh hubungan kita mcm tu saja..cemburu tu tandanya sayang..kalau cemburu lebih tu tandanya sayang lebih la? hahaha..no..no..no..cemburu biar diatas landasannya oke..sentiasa anggap bahawa Si Dia pun menyayangi dan meridui kita jugak..In Shaa Allah hubungan itu akan tenang...

Oke,selain itu perkara yang penting ialah 'komunikasi'..Cari masa untuk berhubung walau sesibuk mana pun kita..perkara itu akan membuatkan Si Dia rasa dihargai..jika kita selalu menghabiskan masa dengan kawan2,ambil sedikit masa itu pun sudah memadai untuk Si Dia menganggap dirinya masih lagi diperlukan..Dalam zaman IT sekarang ni,mcm2 cara utk kita berkomunikasi..call,text,facebook,email,bla bla bla...xpayah susah2 nk hantar burung merpati..haha..komunikasi juga penting untuk pasangan itu menyelesaikan masalah y berlaku antara mereka..kegagalan berkomunikasi dan tiada persefahaman menjadi punca kepada kegagalan sebuah perhubungan...hurmmmm

Tapi,ada lagi satu perkara penting yang perlu dipraktikkan iaitu 'berjumpa'..cuba untuk berjumpa walaupun anda kerap bergayut,text 24 jam..masih perlu juga berjumpa..bukan apa,untuk saling mengeratkan perasaan..Semakin lama tak berjumpa,x mustahil perasaan cinta dan sayang itu semakin pudar..semua orang pun xnak kan perkara itu berlaku..tapi kalau boleh bukan sebelah pihak je yang selalu ajak berjumpa dan selalu melawat..sebaiknya bergilir-gilir supaya Si Dia tidak merasakan hanya mereka sahaja yang beria2 untuk mempertahankan hubungan tersebut..jika sudah berjumpa pula,hargailah sepenuhnya masa bersama Si Dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa..kan??

p/s : nasihat gadis untuk diri sendiri,Chenta hati gadis dan semua pasangan..jagalah cinta y disemai dengan sebaiknya walaupun si Dia tidak berada didepan mata..jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang..dan semoga hubungan y dijalinkan bertahan dan semakin teguh ke akhirnya..Amin~



GADIS

No comments:

Post a Comment