Saturday, 12 January 2013

♥ Kata-Kata Motivasi Diri ♥

Assalamualaikum...


♥ Jadilah seperti pohon yg lebat,walau dibaling batu tetap dibalas dengan buah

♥ Jika menjadi jari,jadilah seperti ibu jari wlupun sama fungsinya tetapi tetap menjadi yg utama

♥ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya

♥ Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal

♥ Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah 

♥ Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang yang bekerja diam diam sahaja

♥ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Fikir dan gunakanlah kata-kata motivasi y gadis share ni untuk menaikkan semangat diri kita.. Kadang2 gadis pun ada rasa down..tapi sabarlah y menjadi kekuatan kita sebenarnya...
In Shaa Allah

GADIS

No comments:

Post a Comment