Wednesday, 2 January 2013

♥ Makna Disebalik Hadiah Si Jejaka ♥

Assalamualaikum...

Hari ni gadis nk share tentang 'makna disebalik hadiah si jejaka'..rupa2nya ada jugak makna y tersirat kan?tp jgn la percaya bulat2..terpulang juga pada niat si jejaka tu kan...nawaitu lebih penting okee..




* contohnya macam jejaka disebelah gadis ni..hahaa *

lets check it out :

♥ Bunga 
Bunga merupakan hadiah yang biasa diberikan dan menjadi salah satu pilihan utama kerana ia dianggap melambangkan sebuah hubungan yang romantis.Tetapi,jenis hadiah ini lebih bersifat sementara kerana lumrahnya bunga,bila tiba waktu pasti akan layu.Adalah amat membimbangkan jika cinta yang disemai juga bersifat sementara seperti bunga..

♥ Perfume 
Juga merupakan hadiah yang menjadi pilihan untuk diberikan kepada yang tersayang.Hadiah seperti ini sebenarnya mewakili perasaan ingin sentiasa berdua dan bersama.Jika kekasih anda memberikan hadiah ini,bererti dia berharap untuk selalu dapat berada disisi anda dan menganggap anda seorang yang memiliki pesona serta tarikan sensual yang tersendiri.Si dia juga menganggap anda sebagai seorang yang berpersonaliti dan seksi. 

♥ Patung bear 
Ada yang menganggap hadiah seperti ini sebagai pemberian yang keanak-anakan dan tak matang.Namun,sekiranya anda menerima hadiah patung bear yang tertera perkataan atau simbol  'Love' pada bahagian anggotanya,ia menunjukkan si dia seorang yang amat romantis.Si dia juga sebenarnya sentiasa menghargai perasaan anda dan sentiasa bimbang sekiranya hati anda akan terguris dan terluka kerana dirinya.

♥ Cincin / Rantai leher 
Kekasih yang memberikan hadiah berupa barangan perhiasan diri sebegini sememangnya amat menyintai dan menghargai kewujudan anda disampingnya.Ia menunjukkan si dia merasa amat bertuah dapat bersama-sama anda.Si dia juga memang serius dan ada komitmen dalam perhubungan anda berdua.

♥ CD, DVD, Novel / Buku 
Hadiah begini diberikan kerana mungkin mengikut kegemaran dan minat orang yang disayang.Andai anda menerima hadiah ini,fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda.Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relax.

to my jejaka :
terima kasih sgt2 sebab bg cyg bebear y chomell ni..cyg akn jaga bebear baik2..
hby jgn risau tau..i promise
GADIS

2 comments:

  1. atototot,sweet jer gambar tu..nice entry la..lps ni dah thu laa nk bg per..hahaha

    ReplyDelete