Saturday, 16 February 2013

♥ Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki ♥

Assalamualaikum,

 

Jeng..jeng..jeng...hari ni kita bongkar apakah rahsia pemikiran seorang lelakiii..eh,bukan kaum wanita nk sebok2..kitorang nk ambik berat taw..xsalah kan..hehee

“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. 

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?! 

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Owhh..so scared!!! Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda...hurmmm..fikirkan...

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.Salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

GADIS 

Friday, 8 February 2013

♥ Terapi Jumaat : Ingatlah ♥

Assalamualaikum...



Ingatlah...
♥ biarlah orang mengata kita, jangan kita yang mengata
♥ biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
♥ biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan sahaja
♥ biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka
♥ bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
♥ kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
♥ balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya
♥ alangkah baiknya membalas kejahatan orang dengan kebaikan

GADIS

Thursday, 7 February 2013

♥ Terima Kasih Cinta ♥

Assalamualaikum...



'' Cinta bukan bererti mencintai seseorang dengan sempurna
tapi bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna ''

Terima Kasih Cinta
07.02.13
 
 
 
GADIS

Tuesday, 5 February 2013

♥ Terima Kasih Buddyz #300 ♥

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..followers gadis dah mencecah 300++..thx kerana support gadis dalam dunia blogging nii..In Shaa Allah gadis akan memberikan y terbaik untuk semua..okee..jadi kali ni gadis nk review someone blog sebab beliau telah menjadi follower gadis y ke 300 ^^..and someone tu ialah Nurul Amanina..(big clap for her..clap...clap..clap)

oke..ini adalah header blog Cik Amanina y comel ni..klik untuk terjah blog beliau..jom3..


 

xrugi taw terjah blog Cik Amanina
Banyak cerita2 awesome dr beliau
comel pun comel..heheeee
thx a lot to you & semua buddyz2 y support 'gadis typewriter'

GADIS

Monday, 4 February 2013

♥ Perkara Yg Membuatkan Dia Menyenangi Anda ♥

Assalamualaikum...

You All..you all..harini kita belajar tentang apa y membuatkan pasangan kita menyenangi atau menyukai kita..yelaa..kadang2 kita pun xtahu apa y dorg suke,ape y dorg xsuke kan..kalo tau pun sikit2 je kan..selalu org cakap,wanita sukar dimengerti..cheehh!..lelaki pun lebih kurang jee..ape2 pun,terpulang pada kita untuk memahami pasangan kita 'yang sorang tu' dengan lebih mendalam..(kalau ada y lebih dari sorang tu,tukar la ayat tu sendiri ok?hahahaha)..piece yoo!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 
comelnye budak-budak niiiiiii ^^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

♥ Panggillah Dia Dengan Panggilan Manja...
walau sporting manapun pasangan anda..panggillah dia dengan gelaran y sedap didengar..xsalah kalau menggunakan perkataan 'kau aku'..tapiii elakkan laa..lebih baik gunakan panggilan y manja..dari situ dia boleh nilai tahap penghormatan kita terhadap dia..

♥ Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda...
begitulah sebaliknya apa y kita rasai jika dia meluahkan perkara itu kepada kita..jadi,setiap hari saat bangun dan sebelum tidur,hantarlah pesanan ringkas y dapat merasakan dirinya dihargai..bukan susah pun..dan bukan mahal pun..hehee

♥ Terima Dia Agar Dia Menerima Anda...
'terimalah dia seadanya'..sentiasa support dia dan apa jua kehidupan sosialnya selagi tidak menyalahi undang2 bercinta..hehehehe

♥ Fahami Dia Agar Dia Memahami Anda...
cuba faham perangai dia dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda..

♥ Berubah Untuk Menikmati Perubahan...
anda perlu sanggup berubah kepada perangai y lebih baik untuk membolehkan dia berubah memperbaiki dirinya sendiri..

♥ Percaya Untuk Dipercayai...
sekiranya anda tidak mempercayainya,jangan harap dia akan mempercayai anda..hidup ni meminta pada yang ada,merajuk pada y sayang..faham? :P

♥ Sanggup Memberi Untuk Menerima...
jangan asyik meminta sahaja pada dia,y terbaik ialah sama2 memberi dan menerima..

♥ Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif...
walaubagaimana kenal pun anda dengan dia,jagalah percakapan dan perbuatan anda..tak kira lelaki atau perempuan kerana semua orang pun mempunyai hati..dan dalam hati mana y xda taman kan..huhuuu

♥ Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab...
sifat tanggungjawab amat penting dalam berpasangan..jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda tu..

♥ Tunjukkan Minat Terhadapnya...
dengar walau apa yang hendak dia ceritakan..walau tentang diri sediri atau kerjaya..lebih berminat anda padanya,lebih berminatlah dia kepada anda..

♥ Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Xperlu Dibayar...
sentiasa lah tersenyum padanya..walau dia sedang badmood..selain dapat menyejukkan hatinya,dapat jugak menambah pahala..

♥ Hormatilah Dia...
jangan terlalu mementingkan diri dan selalu mengikut kehendak dirii..hormati dia dan juga kehendaknya..asal kehendak itu tidak melampau la yee..

♥ Dengarlah Dia Dengan Baik...
percayalah,tidak ada orang lain yang menjadi tempat pasangan anda bercerita tentang kesemua halnya..bukan senang untuk menjadi tempat meluah dan mengadu..jadi anda perlulah mengambil peluang ini dengan menjadi pendengar yang setia..

♥ Ringankan Mulut Untuk Meminta Maaf...
jangan ego..baik lelaki mahupun perempuan..kata-kata maaf bukan bermaksud menunjukkan kelemahan..dengar ni ye..ehemm..''adalah lebih baik kita hilang ego demi yang tersayang daripada hilang yang tersayang kerana ego"..renung-renungkan dan selamat beramal..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


GADIS

Saturday, 2 February 2013

♥ Cantiknya Habuk Cermin Kereta Nii ♥

Assalamualaikum..

Guess what?korang mesti xpercaya kan,habuk pun boleh dijadikan seni taw..orang lain,asal ade habuk kt cermin kereta je mesti nk basuh..tgk mcm 'Casper' (my beloved car)..da behabuk-habuk pun x pergi basuh lg..hahaha..sebab ape??ni la penyebabnyaaa :  

DUST DRAWING
 


 

 



heheheheee..x haironn la knp ade orang y berbulan2 xbasuh kereta dia ( mcm gadis! ) seni okee seniii..haha,alasan! tp gambar 'Casper' xboleh la share kt sini..takut orang cam plak..errr..gadis hanya boleh bagitahu y pelukis terkenal tu buat gmbar bertemakan 'bodyglove' hahahaa ^^"

GADIS