Monday, 4 February 2013

♥ Perkara Yg Membuatkan Dia Menyenangi Anda ♥

Assalamualaikum...

You All..you all..harini kita belajar tentang apa y membuatkan pasangan kita menyenangi atau menyukai kita..yelaa..kadang2 kita pun xtahu apa y dorg suke,ape y dorg xsuke kan..kalo tau pun sikit2 je kan..selalu org cakap,wanita sukar dimengerti..cheehh!..lelaki pun lebih kurang jee..ape2 pun,terpulang pada kita untuk memahami pasangan kita 'yang sorang tu' dengan lebih mendalam..(kalau ada y lebih dari sorang tu,tukar la ayat tu sendiri ok?hahahaha)..piece yoo!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

 
comelnye budak-budak niiiiiii ^^

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

♥ Panggillah Dia Dengan Panggilan Manja...
walau sporting manapun pasangan anda..panggillah dia dengan gelaran y sedap didengar..xsalah kalau menggunakan perkataan 'kau aku'..tapiii elakkan laa..lebih baik gunakan panggilan y manja..dari situ dia boleh nilai tahap penghormatan kita terhadap dia..

♥ Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda...
begitulah sebaliknya apa y kita rasai jika dia meluahkan perkara itu kepada kita..jadi,setiap hari saat bangun dan sebelum tidur,hantarlah pesanan ringkas y dapat merasakan dirinya dihargai..bukan susah pun..dan bukan mahal pun..hehee

♥ Terima Dia Agar Dia Menerima Anda...
'terimalah dia seadanya'..sentiasa support dia dan apa jua kehidupan sosialnya selagi tidak menyalahi undang2 bercinta..hehehehe

♥ Fahami Dia Agar Dia Memahami Anda...
cuba faham perangai dia dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda..

♥ Berubah Untuk Menikmati Perubahan...
anda perlu sanggup berubah kepada perangai y lebih baik untuk membolehkan dia berubah memperbaiki dirinya sendiri..

♥ Percaya Untuk Dipercayai...
sekiranya anda tidak mempercayainya,jangan harap dia akan mempercayai anda..hidup ni meminta pada yang ada,merajuk pada y sayang..faham? :P

♥ Sanggup Memberi Untuk Menerima...
jangan asyik meminta sahaja pada dia,y terbaik ialah sama2 memberi dan menerima..

♥ Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif...
walaubagaimana kenal pun anda dengan dia,jagalah percakapan dan perbuatan anda..tak kira lelaki atau perempuan kerana semua orang pun mempunyai hati..dan dalam hati mana y xda taman kan..huhuuu

♥ Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab...
sifat tanggungjawab amat penting dalam berpasangan..jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda tu..

♥ Tunjukkan Minat Terhadapnya...
dengar walau apa yang hendak dia ceritakan..walau tentang diri sediri atau kerjaya..lebih berminat anda padanya,lebih berminatlah dia kepada anda..

♥ Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Xperlu Dibayar...
sentiasa lah tersenyum padanya..walau dia sedang badmood..selain dapat menyejukkan hatinya,dapat jugak menambah pahala..

♥ Hormatilah Dia...
jangan terlalu mementingkan diri dan selalu mengikut kehendak dirii..hormati dia dan juga kehendaknya..asal kehendak itu tidak melampau la yee..

♥ Dengarlah Dia Dengan Baik...
percayalah,tidak ada orang lain yang menjadi tempat pasangan anda bercerita tentang kesemua halnya..bukan senang untuk menjadi tempat meluah dan mengadu..jadi anda perlulah mengambil peluang ini dengan menjadi pendengar yang setia..

♥ Ringankan Mulut Untuk Meminta Maaf...
jangan ego..baik lelaki mahupun perempuan..kata-kata maaf bukan bermaksud menunjukkan kelemahan..dengar ni ye..ehemm..''adalah lebih baik kita hilang ego demi yang tersayang daripada hilang yang tersayang kerana ego"..renung-renungkan dan selamat beramal..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


GADIS

2 comments: